Bila Aku Sudah Kau Yang Punya

** This article may contains some words or statement that you can’t accept. If you think you can’t handle it, please don’t scroll any lower. Thank you.

 

 

Jangan kau bimbang sayang

Di manaku berada

Dengan siapa ku bersama

Jangan bimbang ku tetap kau yang punya

( di ambil dari lirik lagu Kau Yang Punya – Najwa feat Malique )http://www.myspace.com/najwamahiaddin — sila lah layan lagu-lagu Najwa di sini. Memang berbaloi! Mungkin korang juga akan download lagu dia dan tambah playlist dalam iPod korang. 🙂

Aku suka sangat dengan Najwa ni. Kali pertama dengar lagu ni mula-aku aku ingat dia ni bukan dari Malaysia. Suara dia tak ubah macam penyanyi kulit hitam. Tapi aku silap. Aku lupa bahawa Malaysia juga mempunyai ramai penyanyi-penyayi yang berbakat dan bersuara lunak seperti Najwa.(aku memang dari dulu sampai sekarang minat dengan muzik-muzik hip-hop, soul and R&B. Kalau kat Malaysia ni aku memang minat dengan muzik Joe Flizzow dan Malique yang dulunya dikenali sebagai Too Phat, sangat talented,memang boleh pegi jauh) Aku ada juga mengikuti perkembangan ‘independant music scene’ di Malaysia ni, tapi taklah terlampau fanatik. Sebab bagi aku, muzik-muzik ini lebih diminati oleh budak-budak sekolah yang berlagak dewasa padahal SPM pon tak habis lagi. Tapi sebenarnya aku tak boleh nafikan, pada awal kemunculan ‘independant music scene’ ni aku memang bangga dengan beberapa band indie yang telah menaikkan martabat muzik mereka. Mesti semua pernah dengar nama band HUJAN kan? Yang minggu lepas, masa Shout Awards band HUJAN berada di Indoneisa untuk majlis Anugerah Planat Muzik. Begitu juga dengan Meet Uncle Hussein, yang bagi pendapat aku kekuatan mereka terletak pada vocal Lan dan juga lirik lagu mereka yang sangat sempoi tapi bermakna!

Sebenarnya dah tersimpang jauh daripada topik sebenar yang aku nak perkatakan. Bukan nak cerita tentang Indie Scene ni. Tapi sebenarnya nak mintak korang semua hayati lirik lagu Najwa ni.  Sangat menarik hingga buat aku tertarik dan automatik telah menjadi salah satu daripada lagu favourite aku.

 

Kau Yang Punya

Kau Yang Punya

Okay berbalik kepada topik sebenar. Sebenarnya aku sekarang tengah tak puas hati dengan Lelaki. Okay fine, bukan semua lelaki lah, but kebanyakan lelaki,mungkin 90% daripadanya lah. Memanglah perempuan dengan laki-laki adalah dua makhluk yang berlainan jenis, Men are from Mars, and Women are from Venus.. Dulu-dulu aku selalu ingat Mars dan Jupiter tu adalah nama planet, rupanya aku silap.  Mars dan Venus tu sebenarnya bukan lah nama planet, tapi Tuhan Greek, anak kepada Juno and Jupiter, suami kepada Bellona dan kekasih kepada Venus. Makanya memanglah Mars dan Venus adalah dua individu yang berlainan jenis. Susah untuk mencapai persefahaman.
 
Tapi apa pun aku memang sungguh tak faham dengan sikap jenis laki-laki yang tak pernah bersyukur dan menghargai isteri (bukan semua ye, tapi 90% daripadanya). Dah ada isteri, tapi masih lagi nak jeling-jeling prempuan lain. Dah ade isteri, tapi masih lagi nak berfantasi tentang prempuan lain (fine, memanglah tak salah berfantasi dengan Megan Fox ke, Angelina Jolie ke. Jessica Alba ke,tapi please lah disgusting okay? Isteri kat sebelah tapi berfantasi tentang perempuan lain. Cube fikir apa yang si Megan Fox tu penah buat untuk kau? Penah ke die jage kau mase ko sakit? Penah ke die masak untuk kau? Penah ke die bersabung nyawa lahirkan anak kau? Tak penah kan? Sungguh aku tak faham) Ade tu pulak, dah isteri dan anak dah 5 pon masih ada hati nak ada GIRLFRIEND. Padahal anak dan isteri kat rumah tu tak pernah di bawak pegi makan tempat mahal-mahal, tak pernah sekali pon di bawa pergi bercuti, tak pernah pon nak belikan isteri dan anak-anak baju baru supaya isteri boleh melawa untuk suami. Duit untuk belanja rumah pulak bagi kurang dari sepatutnya. Lepas tu cakap isteri tak pandai uruskan duit untuk belanja rumah. Lepas tu melenting tak tentu pasal. Isteri la pulak kene fikir cara nak menampung perbelanjaan di sebabkan lelaki yang tak guna nak kawin tapi sebenarnya masih belum ‘matang’ lagi, hanya mahu kawin kerana satu sebab, iaitu seks. Semua duit gaji habis dekat GIRLFRIEND. Itu kalau kes si isteri yang tak kerja. Kalau isteri yang bekerjaya pulak, habis sumea duit isteri digunakan untuk bayar bil air, elektrik, telefon, Astro, Streamyx dan segala jenis bil. Tak cukup dengan tu, semua perbelanjaan rumah, yuran sekolah dan perbelanjaan anak-anak pon guna isteri punya duit gaji. Duit suami mane pegi? HABIS sebab belanja GIRLFRIEND lah punya pasal! Tak malu betul kan? Sepatutnya kalau dah bernikah, semua itu adalah tanggungjawab suami. Suami yang kene sediakan semua tu. Kalau rase tak mampu tak payah nikah. Kalau diri sendiri pon tak boleh nak ditanggung, apatah lagi nak tanggung anak gadis orang? Lepas dah kawin mesti la ada anak kan? Kalau setakat isteri yang seorang pon tak boleh nak tanggung, apatah lagi nak tanggung anak-anak? Apatah lagi yang dah pasang niat untuk beristeri lebih 2 atau 3 kalau yang satu ni pon tak terjaga?  Memanglah sekarang ni populasi lelaki lebih banyak dari perempuan, dan tak salah kalau lelaki  berhasrat untuk kawin lebih dari satu. Tapi sebelum bertindak tu, cermin lah diri dulu. Setakat pakai handphone canggih, kereta mahal, makan dan shopping kat tempat high-class tapi hutang kad kredit keliling pinggang silalah jangan berangan nak beristeri. Baik tak usah kawin. Bukanlah nak kate perempuan ni materialistik, tapi itu adalah tanggungjawab lelaki. Lelaki dijadikan untuk memimpin keluarga dan negara. Kalau keluarga sendiri pon tak boleh nak pimpin, baik bagi perempuan je yang jadi ketua keluarga… Takkan lah lelaki-lelaki ni tak penah belaja pasal tanggungjawab masa kat sekolah. Masa kurus kahwin pon ada ditekankan pasal tangunggjawab suami isteri ni.
 
Tapi itulah yang aku tak berapa nak suka dengan sikap lelaki ni, yang kadang-kadang buat aku rase meluat. Lagi-lagi dengan lelaki Melayu yang tengah mengalami sindrom ‘midlife crisis’ ni. Tiba-tiba je suka pergi ‘melancong’ ke Indonesia. Tiba-tiba je ada ‘hobi’ baru, tiba-tiba je suka pakai perfume, tiba-tiba je nak ada girlfriend baru yang sama umur dengan anak sulung. (geli lah! dah tua tu buat lah cara dah tua) Lepas tu pulak tiba-tiba je nak kawin lagi satu. Sedar-sedar lah diri tu sikit. Bila isteri tak izin kan, mula lah nak bagi alasan sebegini :-
 
” I buat semua ni pon sebab mengikut sunnah Nabi, takkan tak boleh. Nabi pon kawin 4. Tak salah rasenya kalau I nak kawin lagi satu. I ade 3 lagi kuota”. 
 
 
Kubur dah panggil mari, masih lagi nak buat perangai, buang tebiat.
Daripada membazir duit kawin lagi satu,Lebih  baik simpan duit-duit tu pegi Haji dengan isteri atau kalau dah kaya sangat ada duit terlebih bawa je satu family pergi melancong, tak pun bawa pegi Umrah. Macam tulah baru lelaki/suami/ayah yang memang berhak untuk di hormati, disegani, di kasihi dan di sayangi, betul tak?
 
 
Ye puan-puan, lelaki memang pandai dalam memberi macam alasan. Lepas tu, boleh pulak nak guna alasan IKUT SUNNAH NABI. BULLSHIT,WTF!?
Tiba-tiba je die jadi pandai bab agama. Sebelum-sebelum ni takde pulak buat puasa sunat Rejab ke, solat sunat Tahajjud ke, puasa bulan Ramadhan pon belum tentu cukup, zakat pulak entah bayar entah tidak. Yang wajib pon tak terbuat nak buat yang sunat. Bukan lah aku nak menghakimi sikap lelaki ni,
itu kerja tuhan.cuma bagi aku mana keadilan untuk perempuan? Sebelum kawin perempaun adalah tanggungjawab ibu bapa, tapi lepas kawin isteri adalah tanggungajawab lelaki. Tapi sepatutnya hidup mesti lebih baik selepas berkahwin, bukan diperhambakan macam binatang.
 
 
To all the male readers, sila jangan salah faham dengan artikel ini. Artikel ini bukan la bertujuan untuk ‘condemn’ kaum lelaki tapi sekadar nak meluahkan apa yang tebuku di dalam hati dan perasaan wanita. Aku tak kata semua lelaki macam ni, hanya kebanyakan segelintir lelaki sahaja.  Aku kira bernasib baik kerana mempunyai suami yang cukup hebat dan baik pada aku (bagi akulah!)
Alhamdulillah tersangat bersyukur jika nak dibandingkan dengan mereka yang kurang bernasib baik. Mungkin Allah sengaja nak menguji mereka. Dan aku sangat kagum dengan isteri-isteri yang telah dianiaya suami tapi masih setia dan masih lagi menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak dan tidak memburuk-burukkan suami depan orang, walaupun sebenarnya semua orang pon tahu tentang perangai buruk suaminya. Memang memerlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi.
Jadi, kepada semua lelaki yang telah pun berkahwin, sila hargai isteri anda. Anda sendiri yang telah memilih beliau untuk menjadi pasangan hidup dan ibu kepada anak-anak anda. Walaupun isteri anda tak secantik Megan Fox atau Angelina Jolie atau Jessica Alba (diorang ni semuanya nampak cantik sebab make-up artist professional dah touch up mereka, lepas tu pulak pegi buat plastic surgery ape ke jadah. Sebab itulah cantik! Kalau bukan kerana pertolongan pakar-pakar kecantikan ni, diorang ni taklah secantik mana. Betul! Tak caya? Cuba Google ‘Jessica Alba without make-up’, mesti hodoh.
Upah lah make-up artist professional touch up kan isteri anda.
Mesti kelihatan cantik dan hot sentiasa) tapi merekalah yang menjaga makan minum anda, jaga anda mase sakit, iron kan baju anda dan merekalah juga yang bersusah payah sakit-sakit ke hulu ke hilir dengan perut yang besar selama 9 bulan dan bersabung nyawa ketika melahirkan anak anda.
p/s : To my deary husband,thanks for being the most wonderful husband a wife could have. Thanks for being patient with my stubborn-ess and lazyness, but I’m improving right? No? We both are  not perfect, nobody’s perfect but at least we are made perfect for each other. Kan sayang? Let’s hope and pray that we will always be together as a couple/team through thick and thin and I love you now, always and ’till the very end of my breath.
Advertisements

6 Comments

Filed under Life, love & relationship, Personal

6 responses to “Bila Aku Sudah Kau Yang Punya

  1. fuzy

    wow!!!!

    memang btl pun!!!
    aku pun benci laki2 seperti ituu!!
    cm HArRAmm dowhh…
    dah ade wife jaga la wife sndiri kan…

  2. dun simply2 say…
    dun thing u r perfect woman…

  3. yupp.. u got a point..
    menyampah tgk laki yg taktau hargai isteri sendiri, tau nak gatal je.. kalau isteri dia blk gatal kat luar dia suke tak? mesti tak kan..
    mcm2..

  4. how u feel,if yr husband do like tat…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s