When I’m The One Who Will Be Giving Away “Duit Raya” Instead Of Collecting It

Yep,9 more days to go now. Hmm…tak rasa happy sgt nak raya tahun ni. Cuma rasa excited sebab this is the first year beraya sebagai suami isteri. Bercampur-baur rasa hati ni, excited lah, nervous lah, sedih lah, haih~ macam-macam lagi lah. Yelah dulu-dulu masa belum kahwin setiap tahun mesti beraya dengan family sendiri. Mesti ada Abah, Mama, Fuzy and Amir. Dulu-dulu pagi Raya mesti bangun awal (sebab tak sabar nak pakai baju raya yang cantik, haha!) , mandi-mandi, lepas tu tolong Mama prepare breakfast supaya nanti lepas Abah and  Amir balik dari sembahyang Raya dah boleh terus makan. Lepas Abah and Amir balik dari sembahyang Raya, semua kan berkumpul di ruang tamu untuk upacara bermaaf-maafan sesama kami. Macam biasalah sebagai anak sulung sayalah orang pertama yang kene mulakan upcara ini, kemudian diikuti dengan Fuzy dan Amir. Dan kemudian kami akan ber-cam-whore satu family sebelum ke meja makan untuk menyantap hidangan yang lazat-lazat!

Dalam gamba ni amir takde sebab die kene buli jadi photographer kitorang kejap.

Dalam gamba ni amir takde sebab die kene buli jadi photographer kitorang kejap.

ha...ini mase open house raya ofis abah kat Hilton KL. COMPLETE..(eh tak complete sbb Khairy takde)

ha...ini mase open house raya ofis abah kat Hilton KL. COMPLETE..(eh tak complete sbb Khairy takde)

Macam biasa lah, setiap kali Raya Mama mesti akan buat Lontong untuk Abah, Rendang ayam (opah style) + Nasi impit untuk saya dan Amir, Rendang daging untuk Amir, Kuah Kacang untuk Amir, ketupat palas untuk Fuzy. (perasan tak nama Amir lebih dominasi dari yang lain? itu sebabnya Amir memang suka melantak masa Raya pertama sampai berpuluh-puluh kali ulang makan pon takpe, saya pon ape kurangnya 😛 mengata orang die yg lebih! hihihihi…)

yang tengah2 tu lah amir, suka melantak di pagi raya

yang tengah2 tu lah amir, suka melantak di pagi raya

Tapi seriously, Rendang Ayam (opah style) Mama memang terbaekkk!!! owh and Kuah Kacang Mama — 2 THUMBS UP!! Meletoppp! Tapi saya belum berkesempatan untuk menuntut ilmu masakan ni daripada Mama. Mungkin Raya ni saya akan cube untuk mendapatkan resipi daripada Mama. Saya tak tau lah apa akan jadi pada Raya pertama saya kalau tak dapat makan Rendang Ayam (opah style) Mama dengan nasi impit+ kuah kacang. Tak complete rasanya.. Saya bukanlah nak exaggerate pasal rendang ni, tapi memang betul sedap! Nantilah kalau saya dah dapat resipi dari Mama saya kongsikan dengan korang semua. 

 Rendang Ayam (opah style) tu maksudnya, resipi tu sebenarnya dari arwah Opah saya. Abah saya punya mak. Mama dapat resipi tu dari Opah. Nasib baik Mama sempat belajar resipi ni dari Opah kalau tidak, mesti Ayam Rendag ni jadi legenda je. Sebabnya adik-beradik Abah saya memang tak tahu dan tak pernah tanya Opah pasal resipi ni. Jadi saya “diwajibkan” untuk belajar resipi ini dari Mama supaya semua adik-beradik saya (termasuk anak saya in future) dapat menikmati kesedapan rendang ayam ni di Hari Raya yang mendatang untuk meneruskan tradisi Mama and Opah. (InsyaAllah…)

Okay sudah-sudahlah cerita pasal makanan. Tiba-tiba rasa lapar pulak. Dahla pagi tadi tak sahur, terlajak tidur 😦  Back to the topic, dulu-dulu kalau Raya, seronok! Sebab dapat banyak duit Raya, baju raya pon Mama belikan, kasut raya pon dapat, macam-macam lah! semuanya serba baru. Saya ingat lagi satu ketika dulu, mase tu saya dah masuk sekolah menengah dah. Kalau tak silap saya tingkatan 1 mase tu. Ekonomi keluarga saya tak berapa bagus tahun tu. Sebab masa tu Abah baru saje jual rumah di KL dan Mama pula beli rumah di Kedah. Biasalah kalau rumah kat Kedah tu, berapa lah sgt boleh disewakan pon. Last-last Mama sedekah je dekat sepupu aku yang tolong tengok-tengok kan rumah tu. Memang beli rumah tu takde pulangan pon. Maka tahun itu memang budget Mama and Abah lari sikit. Tapi kata Mama, biarlah susah mana pon Mama tahun itu, Mama akan pastikan yang anak-anak Mama dapat pakai baju baru and kasut baru untuk raya. Kata Mama lagi, ini adalah Hari Raya, hari sambutan kemenangan bagi semua umat Islam setelah sebulan berperang dengan nafsu dan menahan lapar dan dahaga. Jadi memang semua orang berhak untuk memilik sekurang-kurangnya sepsang baju baru, lagi-lagi bagi kanak-kanak yang baru belajar untuk berpuasa. Ini secara tak langsungnya adalah dorongan bagi mereka untuk berpuasa. Saya amat teruja dan bangga dengan semangat Mama.

Mama & Abah yang dikasihi dan disayangi

Mama & Abah yang dikasihi dan disayangi

Tapi….~sigh~ itu semua kisah dulu-dulu. Sekarang dah berubah. Tahun ni saya beraya sebagai seorang isteri. Berharap sangat dapat beraya di rumah Mama dan Abah. Berharap sangat dapat makan semeja dengan Mama, Abah, Khairy, Fuzy dan Amir. Berharap sangat dapat bergambar satu family pada Raya pertama. Sekarang ni dah kene start bagi duit raya, tahun ni jugak kene beli baju raya sendiri…. ='(  sebab tu saya cakap saya tak rasa happy sangat pun nak raya tahun ni.

Kita tunggu sajelah Raya nanti macam mana. Okay lah setakat ni saje dulu. Pena lah tangan nak taip. Selalunya kalau saya tgh berblog, saya mesti akan mengunyah sambil minum coke atau teh o. hihihi…

Sebelum tu, saya dan Khairy ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon ampun jika ada sebarang kesilapan tingkah-laku atau kata-kata, harap dimaafi…

Advertisements

4 Comments

Filed under all in my family, foods, love & relationship, Personal

4 responses to “When I’m The One Who Will Be Giving Away “Duit Raya” Instead Of Collecting It

  1. selamat hari raye kak farra!!
    =)

  2. MQ

    mula2 mmg akan rasa sedih, esp. kalo balik beraya umah mentua n dihidang makanan raya yg lain dari kita biasa mkn di pagi raya..

    tapi after a while nanti dah tak rasa sedih dah, lagi pon tu la perubahan hidup lepas dah jadi isteri, apa yg penting hari raya kita sambut dgn org yg kita syg n sayang kita sgt..tak semestinya balik raya side kita masa hari ke 2-3 tu tak best..dpt balik jumpa kuarga tu pon dah kira bersyukur tau 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s