Topic ini tersangat lah panas skarang ni.Well, i got this from my dear friend Saniboey who is former producer in TV3 and Channel 9 and now the chief editor of one of the best selling magazine in Singapore (Sani, if you reading, I still owe you coffee..hehe) I already read this from Ninie’s blog before i read his; Let’s see what’s he has to say about this which i think one of the most ridiculous article. Ha-ha~
YOGA HARAM?
By Saniboey Mohd Ismail
Aku harus menulis ini. Aku tak ada blog sendiri dan blog aku di www.gua.com.my adalah sebuah blog untuk dunia hiburan. Maka aku meminjam wadah ini buat seketika.
I read this today on Today newspaper (page 16) with the headline: Yoga May Be Banned For Muslim in Malaysia and it quoted the famous Perak Mufti, Harunsani Zakaria as saying: “If it involves any faith or religious elements, it is definitely not permissible but if it is just a form of exercise that is all right.” In the same news, it also quoted a professor in the Islamic Faculty of the National University of Malaysia, Zakaria Stapa saying that yoga could cause them (Muslims) to ‘deviate from their faith.’
Dan kemudian pantas aku membuka blog temanku, Nini atau blognya yang dikenali sebagai theyogainstructordiaries dan aku tersenyum simpul kerana dia bukan main marah lagi. Pantas Nini buat pelbagai justifikasi. Oh come on girl, please do not start a war because you know and do not be naïve that it will end with you on the losing side.
Your justification should just be: “My yoga is a form of exercise. It has nothing to do with any of the six Hindu principle of Yoga at all.” That should be the only justification, period. But barangkali, Nini tengah marah and she went on and on and quoted a number of philosophers and golongan bijak pandai tentang kesahihan Yoga dalam Islam dan macam-macam lagilah.
Fact/Hakikat: Remind ourselves about the story of Qutbuddin Abdul Rahim a.k.a Shah Waliyullah Ad-Dehlawi, born on 4th of Syawal pada 1114 Hijrah near Delhi, India. Dia lahir dalam suasana masyarakat yang tenat dengan krisis keruntuhan akhlak serta agama yang hebat. Golongan agama pula berpuak-puak dan berbangga dengan puaknya tanpa mempersoalkan sama ada kepercayaan dan pendapat itu salah atau benar. Boleh dikatakan suasana yang berlaku ketika itu adalah sama seperti Rom dan Farsi sebelum kedatangan Islam and as you know, it is true that in every 100 decade, Allah pasti akan menurunkan seorang pembela agama dan barangkali Shah Waliyullah adalah tergolong dalam kategori itu. Beliau menguasai pelbagai disiplin pengetahuan dan dianugerahi kebolehan sebagai pemimpin.
Fact/Hakikat: Shah Waliyullah berjuang berasaskan pendekatan melalui pena. Beliau menghapuskan amalan batil yang dibawa oleh golongan ulama palsu (alim pahsa seperti yang diistilahkan oleh Malek Bennabi) dan golongan sufi palsu, yang kononnya menyimpan rahsia ketuhanan. Ini kerana golongan ulama pada masa itu sibuk dengan pertelingkahan titik-bengik dan penafsiran ganjil mengenai hukum syariah, di samping sikap taklik buta kepada imam mereka. Sesiapa yang menyeleweng daripada keputusan itu, dianggap sudah menyeleweng daripada ajaran agama seluruhnya.
Gejala itu menyebabkan timbulnya puak, golongan dan parti yang sentiasa bergaduh, bertelagah serta berkonflik antara satu sama lain tanpa ada kesudahan. Golongan sufi pula adalah separa matang kerana terpengaruh dengan falsafah Yoga Hindu dan pandangan Syiah. Mereka memencilkan diri daripada masyarakat dengan alasan kononnya sudah bermartabat tinggi, lalu mengetepikan amalan syariah. Justeru itu, mereka bersikap malas dan tidak ada daya juang untuk berjihad bagi kepentingan ummah seluruhnya.
Fact/Hakikat: Syeikh Hamzah Fansuri adalah seorang Muslimin yang amat bertakwa. Yang disanjunginya ialah al-Khalik yang menciptakan alam semesta dan menentukan takdir-Nya sambil mengimbangi Iradah kreatif dengan Hikmah dan keadilan-Nya, Sultan seisi alam Yang Maha Pemurah dan maha Pengasih. Tetapi sayangnya sifat-sifat mulia itu jarang menghiasi khalifah di muka bumi, seperti sultan zalim yang sering berperang dalam sejarah bangsa Melayu pada zaman Hamzah.
Hamzah adalah seorang ahli tasawuf, yakni seorang zahid dan mistik yang mencari penyatuan dengan al-Khalik dan menemuinya di jalan isyk, iaitu kasih, tetapi justeru tasawuf adalah satu ideal peri kemanusiaan di kerajaan Melayu Abad Pertengahan yang tidak boleh membanggakan humanisme etikanya, kerana tasawuf mengajar mencintai Tuhan dan insan, dengan menitikberatkan manusia dan juga seisi alamnya yang turut bernyawa dan oleh itu ialah saudara sekandung seorang sufi. Tasawuf satu-satunya pandangan hidup yang membolehkan jika tidak menyekat kezaliman raja, maka paling sedikit menginsafkan mereka dan menyeru kepada belas kasih, tetapi usaha semacam itu selalunya agak berbahaya.
Namun Hamzah bimbang, sebab setiap orang menganggap dirinya berhak menjamah rahsia tasawuf yang murni. Dengan lebih hebat lagi dia membidas orang yang masih berpegang kepada ajaran yoga dalam usahanya untuk mengenal al-Haq serta golongan kolot yang memandang setiap sufi sebagai murtad.
Let’s say somebody, a kid maybe types “Sejarah Yoga” on the Internet and he shall find this on Wikipedia:
Yoga (Sansekerta) dari bahasa Sansekerta berarti “penyatuan”, yang bermakna “penyatuan dengan alam” atau “penyatuan dengan Sang Pencipta”. Yoga adalah salah satu dari enam ajaran dalam filsafat Hindu, yang menitikberatkan pada aktiviti meditasi atau tapa di mana seseorang memusatkan seluruh pikiran untuk mengontrol panca inderanya dan tubuhnya secara keseluruhan. Masyarakat global umumnya mengenal Yoga sebagai aktiviti latihan utamanya asana (postur) bagian dari Hatta Yoga. Yoga juga digunakan sebagai salah satu pengubatan alternatif, biasanya hal ini dilakukan dengan latihan pernafasan, oleh tubuh dan meditasi, yang telah dikenal dan dipraktikkan selama lebih dari 5,000 tahun.Orang yang melakukan pertapaan yoga disebut yogi, yogin bagi lelaki dan yogini bagi wanita. Sastra Hindu yang memuat ajaran Yoga, di antaranya adalah Upaishad, Bhagavad Gita, Yogasutra, Hatta Yoga serta beberapa sasetra lainnya. Klasifikasi ajaran Yoga tertuang dalam Bhagavad Gita, di antaranya adalah Karma Yoga/Marga, Jnana Yoga/Marga, Bakti Yoga/Marga, Raja Yoga/Marga.
Nini, you sure you want to do all the religious justification now and end up with Harunsani saying that yoga is an enemy to Islam or should you re-think and just stick to: “My yoga, is a form of exercise?”
Your choice.
What do you guys think? Is Yoga itu HARAM? I’m just a beginner in this yogaa scene and for me I dont think its something related to religion. As quoted by Ninie ” My Yoga is a form of exercise “. It is definitely a form of exercise. I can easily lose my weight by doing Yoga, its really makes me healthy and more flexible, i’ve got muscle and flat tummy by doing Yoga and I also can release my tense! Right, Janice?