Tajuk tu sebenanya takde kene mengena pon. Bukan duduk di perantauan pon. Tapi saje gatal, tibe2 rase teringin nak migrate for few years. Macam manelah rasenya ye? Hm…mesti hiba dan syahdu bila dengar lagu-lagu raya berkumandang.
Okaylah macam biasalah, bila dah balik rumah bonda, kene mengemas. Yelah bonda pon dah tak larat nak mengemas2 ni. Naib baik lah larat nak masak rendang lagi. Kalau tak mesti kempunan lah anak sulung dia ini. Malam raya tu seronok. Dah lepas kemas-kemas tu, tolong2 bonda apa yang patut, tapi tolong kacau lah yang paling banyak sekali! hahah! Lepas tu Khairy pon jadi berminat untuk tolong di dapur. Dia tolong buat nasi impit. Hebat kan? 🙂
nasi impit khairy in the making
Oh, ingat lagi tak dulu saya ade cerita pasal rendang paling sedap di dunia? Haaa…. meh sini saya nak tunjuk gamba dia. Soory lah kalau kat blog ni boleh bagi rasa, akan saya bagi korang semua rase. Memang sedap tak terkata! Bonda buat malam raya, pagi raya tu dah habis! Sayalah paling banyak melantak!
Bonda's famous rendang ayam
Kuah Kacang Bonda
sup ikan merah pon ado! slurrrpp!
Semua-semua tu sedap! nasi impit pon sedap! hehe…
dua tukang sibuk bonda
makan time!
peluh petani
lepak2 sambil bergurau-senda
Memang seronok lah malam tu. Dapat gather ramai-ramai satu family. Dah lama tak gather macam ni. Selalunya ade je yang ‘missing’. yelah masing-masing dah besar panjang. Ada haluan sendiri.
Setelah sebulan melawan nafsu, menahan lapar dan dahaga hari kemenagan pon tiba. 1 Syawal. Memang dinanti-nantikan. Memandangkan ini adalah tahun pertama saya beraya sebagai seorang isteri, maka ada rasa excited jugak! Malam raya di rumah bondaku. Pagi raya masih di rumah bondaku. Selepas sembahyang sunat Raya, selepas makan2 dan sesi cam-whoring, baru lah kami semua berangkat ke rumah ibu mertuaku. Ikut rancangan asalnya, semua akan ke Klang untuk beraya di rumah ibu mertua saya. Tapi malangnya bonda diserang sakit kepala yang amat. Rasa memusing sampi nak pitam. Ini penangan makan ketupat pulut lah ni. Kesimpulannya yang pergi memenuhi undangan hanyalah ayahanda dan Fuzy saje.
yer..saya masih dapat duit raya lagi 🙂
i love each and everyone of you
tee..heee
segak sungguh husband saya berbaju melayu
with the in-law
ayahandaku bersama besan
Lepas beraya rumah ibu mertua kami semua pegi rumah Atok pulak. Kesian dia beraya sorang2. Hanya makan nasi goreng je pagi raya. Nasib baik kitorang ada! Heehehe..bawak kan atok nasi impit, rendang ayam, kuah kacang, lontong macam2 lah! Atok mesti rindu rendang arwah opah. Nasib baik bonda pandai buat. Dapat lah mengubat rindu sikit.
beraya rumah Atok
Lepas beraya rumah Atok. Ayahanda & Fuzy terus pulang ke rumah. Saya dan Khairy balik rumah ibu mertua di Klang. Bermalam di sana. 2 Syawal nak pulang ke kampung belah ibu mertua pulak. Di Sekinchan, Kuala Selangor. SERONOK!! Tak sangka pulak seronok. Mula-mula macam nervous. Yelah saya kan kira orang baru dalam family diorang. Takut orang anggap saya ni sombong sebab saya ni jenis tak pandai nak bersembang. Tapi kalau dah betul-betul kenal memang tak berhenti-henti pulak saya bercakap. 🙂
rumah nenek
ruang tamu depan
depan rumah pak cik kob
with my mother&sis in law and my mother in law siblings
sawah padi 1
sawah padi 2
sawah padi 3
Cantikkan sawah padi tu? Dah lame dah cheq teringin sangat nak bergambaq kat sawah padi, bila dah dapat tu, memang posing sakan lah! hehe..seronok sangat! (Dulu-dulu masa balik Kedah tak dapat pon bergambar kat sawah, sebab kampung bonda kat Kulim, mane ade sawah). Lepas penat bergamba kat sawah kami balik mandi. Lepas tu bapak mertuaku ajak pekena seafood kat satu tempat special. YEAY! memang marvelousssss. sedap betoi!
ketam bercili
...........
Time kasihlah kepada bapak mertuaku. Memang best lah! Sebenarnya ini memang agenda diorang setiap tahun. Tapi selalunya yang lelaki2 sahaja ikut, tapi tahun ni pecah tradisi. Saya dengan kakak ipar nak ikut jugak! haha..tak acilah kalau tinggalkan kitorang. kan ? kan?
kat sinilah kitorang dua tido. cute tak? cop tempat depan air-cond
khairy tengah tolong nenek masuk kan duit raya dalam sampul duit raya. Saje nak bodek lah tu~ ;P
with in-laws family
Memang sangat enjoy beraya this year. Owh fyi saya dah tau beberapa perkataan Banjar. Hehe..guring maknanya tidur. Kulaan maknanya macam satu geng. Baraan maknanya cam gini, pegi beraya kat rumah mak teh, lepas tu ajak pulak orang2 yang ade kat rumah mak teh tu beraya rumah mak long pulak, and so on.. macam fun kan? 🙂
Okay lepas tidur satu malam di rumah nenek, saya danKhairi pon berangkat ke Tanjung Piandang. Mula-mula tu ingat nak balik rumah je, tapi bila difikir-fikir kan semula, balik rumah pon bukan buat ape. Cuti kami panjang lagi, so daripada takde buat apa baik kitorang pegi jalan-jalan cari makan! hehe.
Tanjung Piandang tu rumah adik kepada bapak mertuaku. Rumah kat tngah bendang jugak! Sawah kat sini lagi cantik! tapi sayang saya tak dapat bergambar kat sini sebab hujan 😦
dengan anak2 cik manap
yang pegang payung merah tu 'saya'. anak cik manap lukis gamba saya. so sweet!
baby baru cik manap pon excited kitorang datang. nama dia Seri Rohayu
cantikkan sawah padi dia?
tapi time tu hujan, tak boleh nak bergambar di sawah 😦
Lepas ke Tanjung Piandang, mula-mula kami bercadang nak singgah rumah Mak Teh saya di Kulim. Tapi memandangkan my parents pon dah on the way back to KL, kami pon tak jadi ke Kulim, sebaliknya kami ke Penang. Di Penang kami bermalam di rumah mertua sahabat baik Khairy yang dah lama tak bersua muka. Terima kasih banyak-banyak kepada Musab, Sharna dan keluarga kerana sanggup ‘menumpangkan’ kami selama satu malam. Kami sangat-sangat menghargai jasa baik anda. Mulanya hanya nak beraya tapi lain pulak jadinya :p (Pertama kali saya makan nasi kandar; untuk breakfast pulak tu. Perkara baru bagi kami. )Dua malam kami di Penang. Satu malam di Bayan Lepas, satu malam lagi di Feringghi. (sebab ade Hard Rock Hotel baru buka! )
Musab & Sharna. Thank you guys!
Hard Rock Hotel Penang
Pool at Hard Rock Hotel
lame sgt tggu nak check-in
cool accessories at batu feringghi. I ❤ Feringghi. It reminds me of Bali 🙂
Hari Jumaat pukul 12tgh hari kami check out. Rasa tak sabar nak sampai rumah. Rasa rindu pulak nak tido atas katil sendiri, rindu nak masak, rindu, rindu, rindu lah! Nasib baik perjalanan pulang tu tak jam sangat. Tapi kereta memang banyak but still moving. Sebelum sampai rumah, singgah sekejap rumah bonda. Bonda masak rendang daging kerbau dan laksa.. Lepas makan-makan and tapau, (sempat je kan saya tapau? siap dapat tulang lembu lagi, bonda soh buat sup tulang :P) kami pon ciao! Tapi perjalanan kami belum selesai. dari rumah bonda, kami terus ke The Curve sebab ade beberapa perkara yang perlu kami selesaikan di sana. Lebih kurang pukul 10 mlm, kami ciao dari The Curve, peak hour orang semua nak balik rumah sebab shopping complex dah tutup memang lah sangat jem.Mase tnagh jem tu tiba-tiba teringat kat sorang kawan Khairy yang tinggal di Damansara. Call2 dia ada kat rumah. Apa lagi, alang-alang dah dekat, kami pon singgah la beraya. Sembang punya sembang, pukul 1 lebih jugak lah kitorang sampai home sweet home. LEGA! Tapi belum boleh tidur. Tiba-tiba Khairy pulak lapar, sebab sebenanya kami belum dinner lagi. Pegi beraya rumah kawan Khairy tu cuma dihidang air Sarsi sahaja. Apa nak buat? Nasib badan…hehe. Nasib baik ada laksa yang ditapau dari rumah bonda petang tadi. Laksa pon memang favourite Khairy. Berselera dia makan, seronok tengok! Lepas dah supper tu, kami lepak2 tengok movie dulu. Layan cite Aliens in The Attic yang dibeli kat Batu Feringghi. Kol 3 lebih jugak kami tido.
PENAT SANGAT-SANGAT!! tapi berbaloi! 🙂 It was a FUN raya for me thanks to my husband for make it fun for both of us! and..How was your raya? I hope you guys had a very fun and blessed Raya. After all Raya is the day of our victory after ONE month fighting with our big fat lust! Ain’t it?
Panjang pulak saya membebel kali ni. Layan je lah ye?
Anyways, me and Khairy wish you all Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin!
Have a good one!
p/s : Kami tak buat open house this year. But you are all welcome to our house. Our house is always open 🙂 (But i prefer you call first before coming. At least I can prepare something to fill up your tummy…right? )