Category Archives: love & relationship

Love Is Blind, Marriage Is The Eye Opener..

I was born on 20th February 1986. And I was sacredly married on 20th February 2009… What a joy! I love each moment when I’m with him. I’m blessed! Thank you Allah for giving me the most precious ‘diamond’ a girl could have.

To my dear precious ‘diamond’.. Happy First Wedding Anniversary. May we’ll have more anniversary to come! I love you now, always and forever, ever!

6 Comments

Filed under Life, love & relationship, Personal

To My Darling Man, The King Of My Heart…

Happy 28th!! (on last 28th december 2009)

I know this is a little too late or wayyyyyyy too late for wish & present. But better late than never..

Happy 28th Birthday!! You’re a year older and wiser now and you know i’ll always look up on you. I ❤ you now, always & forever…

p/s. I hope u like the 6″ tempered black glass top + swivel leather chair. It’s just perfect for your workstation at our love nest. So you can work from home comfortably  😉

Leave a comment

Filed under cool stuff, love & relationship, Personal

Husband Vs Wife

Jangan salah faham. Saya tak bergaduh pon dengan Khairy. Nauzubillah, mintak dijauhkan. Gaduh manja sikit2 tu boleh lah sekali sekala. Tak seronok pulak kalau takde fight 😛 Dah lama rasanya tak tulis pasal kehidupan selepas menjadi isteri. Alhamdulillah, setakat 8 bulan ni masjid yang kami bina masih berdiri dengan teguh walaupun masih belum punya rezeki untuk menimang cahaya mata. Masing2 masih lagi belajar untuk lebih memahami diri masing2. Masing2 masih tidak boleh berjauhan walaupun untuk seketika     Alhamdulillah…..Semalam saya ade terbaca satu artikel yang sangat menarik perhatian saya. Anda pernah tak dengar mana-mana ceramah agama tentang [mungkin di kursus kawin pon ade], SUAMI sepatutnya masak untuk ISTERI, bukan sebaliknya ?  🙂  Memang sebenarnya kalau menurut Islam, suami yang buat kerja2 rumah, memasak, basuh kain, tukarkan lampin anak, vacuum, cari nafkah, pendek kata segala benda lah!  Dan…kerja isteri hanyalah melayan kehendak suami, mencantikkan diri dan berwangi-wangian untuk suami. [kenape? rase macam berat sebelah ke? banyak sangat ke kerja lelaki nak kene buat? tapi, cuba fikir semula? kenapa Tuhan cipta lelaki sebagai ketua? Ketua negara, ketua keluarga? Sebab lelaki lebih kuat dari kaum hawa, lebih gagah perkasa dari kaum hawa yg lemah ni. Jadi, kalau setakat kerja2 rumah, memasak, tukar lampin anak, vacuum sume tu, rasenya tak jadi masalah bagi lelaki kan? kan? kan?]

Tetapi, zaman sekarang ni lain kan?? Itulah die perbezaan antara ADAT MELAYU dengan ajaran Islam. Adat melayu memang sangat typical. Asalkan name die perempuan, mesti akan ditanya, “pandai masak?” ” pandai kemas rumah?” padahal sebenarnya kalau tak reti masak pon tak jadi masalah sebenarnya sebab nanti suami yang akan masak kan untuk kita. Asalkan name perempuan jer mesti kene buat keje2 rumah, jaga anak, tukar lampin anak, memasak, layan suami, macam2 lagi lah walaupun sama2 suami isteri berkerjaya.. Kalau tak buat akan diCOP sebagai isteri pemalas! Kenape ya? Sebab masih ramai yang tak tau dan takde pendedahan tentang ini atau TAU tapi buat-buat TAK TAU dan TAU tapi TAK MAU.

 Info tambahan : berkata Said Hawwa” Katanya, “sesungguhnya aku melihat adanya segelintir manusia yang menghairankan aku. Aku melihat mereka melayan isteri masing-masing seolah-olah si isteri itu adalah orang suruhannya. Perlakuan itu beralasankan hak ditaati yang diberikan oleh Islam kepada suami ke atas pihak isteri, dan itu menjadikan si isteri sebagai orang suruhan suaminya.”

 dipetik dr : saifulislam.comDan ini pula adalah artikel yang saya ambil dari Cursing Malay – Terus Terang 

 “Ceramah Pagi : Hubungan Suami Dan Isteri Aku rasa adat kita membentuk bagaimana berkembangnya hubungan suami isteri itu.Isteri dipanggil dengan gelaran “orang rumah”,”suri rumah” atau “tukang masak.”Kalau kita lihat pun,banyak petua2 orang tua yang membuatkan kaum perempuan dilabelkan sebagai “mereka yang bekerja di dapur” dan “tukang masak masakan kegemaran suami.

Jadi,meh sini aku bagitau korang satu benda penting yang aku belajar daripada kursus kahwin hari tu.Dalam hubungan suami isteri mengikut Islam,tugas-tugas memasak,mengemas rumah,cuci kipas,cat dinding,basuk berak anak,mem-vacuum rumah dan sebagainya..….adalah tugas si Suami.Suami bertanggungjawab memastikan semua benda tu dan fungsi suami adalah “BEKERJA” untuk rumah tangga itu.

 Tugas isteri?

 Tugas isteri hanyalah taat dan patuh kepada suami serta mencantikkan diri untuk suami (untuk suami dan bukan untuk orang awam,pakai perfume habis satu ofis bau.).Jika seseorang isteri itu enggan memasak atas arahan suaminya,isterinya tidak bersalah kerana itu tugas suami.Isteri ada hak membantu suaminya membuat kerja2 itu jika suaminya memerlukan pertolongan.

 Tengok drama,siapa masak?Siapa sapu sampah?Siapa mandikan anak?
Perempuan kan?Itu semua sebab adat kita.Ikut agama lain bang.Nak ikut mana?
Kaum lelaki semua,bersedialah untuk belajar memasak dan memakai apron di rumah.Mental aku lepas tau benda tu terus terganggu sekejap.Habis luruh segala pemahaman lama aku pasal tugas suami isteri ni.Ada lah seketika tu aku wish aku ada vagina.
 

 Dan baru lah aku sedar,suami yang menggelarkan isteri mereka orang rumah adalah suami yang tak menunaikan tanggungjawab diorang,sebab lelaki sepatutnya “orang rumah” sesebuah keluarga. “   

So apa pendapat korang semua? Boleh ke kita cuba ubah mentaliti masyarakat Melayu macam ni? Kan seronok!  [ kalau dapat masak sama2 and buat kerja rumah sama2 sambil pasang muzik kegemaran lagi seronok! ] 

 
 
 

 

“]

man cooking

male cook

he cooks for his lady

🙂

cook and eat dinner together

and it'll be more fun if the daddy can teach the kids to cook and have fun in the kitchen. so sweeet... 🙂

 ** saya cuba google gamba Melayu. Tapi tak jumpa lagi. Semuanya gambar mat saleh. 
  Mungkin ini salah satu sebab kenapa ramai perempuan Melayu nak kawin dengan mat saleh kot ? kan?
 
I know mesti ada orang nak cakap and try to judge me,  saya tak layak untuk bercakap tentang hal2 hukum Islam. Yelah, tudung tak pakai, rambut kaler2, pakai skirt and seluar pendek keluar rumah, ada hati nak cerita pasal agama, tapi niat saya hanya mahu berkongsi. Saya masih di tahap belajar mendalami Islam. Masih lagi terkapai-kapai dan masih banyak lagi perkara perlu didalami. Belum sempurna sebagai muslimah sejati. But one day, InsyaAllah…Amin~

 

23 Comments

Filed under Life, love & relationship, Personal

Wifeys, How Well Do You Know Your Husband

1. HE’S SITTING IN FRONT OF THE TV, WHAT IS ON THE SCREEN?
– ESPN/ASSP/ Man Utd in action/ Fifa 2010

2. YOU’RE OUT TO EAT; WHAT KIND OF DRESSING DOES HE GET ON HIS SALAD?
He didn’t get salad, he prefer soup  🙂

3. WHAT’S ONE FOOD HE DOESN’T LIKE?
Sambal Udang Petai

4. YOU GO OUT TO EAT AND HAVE A DRINK. WHAT DOES HE ORDER?
Teh O Ais/ Carrot Juice/ Teh Ais/ Coke

5. WHERE DID HE GO TO HIGH SCHOOL?
SMK Teknik Klang

6. WHAT SIZE SHOE DOES HE WEAR?
size 6    [ and i’m size 7..haha! ]

7. IF HE WAS TO COLLECT ANYTHING, WHAT WOULD IT BE?
Ciggarates and his iPhone

8. WHAT IS HIS FAVORITE TYPE OF SANDWICH?
Subway Meatball or Turkey Breast & Ham Sandwich

9. WHAT WOULD THIS PERSON EAT EVERY DAY IF HE COULD?
Anything [ayam,udang,daging] yang masak kicap.

10. WHAT IS HIS FAVORITE CEREAL?
Koko Krunch

11. WHAT WOULD HE NEVER WEAR?
Skinny jeans and pink t-shirt  [but i’ll make him wear someday..hehe :P]

12. WHAT IS HIS FAVORITE SPORTS TEAM?
Manchester United

13. WHO DID HE VOTE FOR?
Like politically? This one is a bit tough for me….hmmm…

14. WHO IS HIS BEST FRIEND?
Now & forever – Farah Rahman  😉

15. WHAT IS SOMETHING YOU DO THAT HE WISHES YOU WOULDN’T DO?
Hmmmm…..Hmmmmm……Hmmmm…. [ho ho! let’s just  keep it to myself..]

3 Comments

Filed under Everybody Loves Random!, love & relationship, Personal

Wife & Heaven

Diriwayatkan pada satu hari, Isteri Rasulullah SAW yakni Saidatina Aisyah ingin mengetahui mengapa Baginda bersabda bahawa ramai wanita, terutama yang bergelar isteri menjadi penghuni neraka. Baginda kemudiannya bersabda:

 
  • Ada wanita yang tidak sabar menghadapi kesusahan, kesakitan,dan dugaan seperti kesakitan melahirkan anak, melayan suami, dan melakukan kerja rumah.
  • Ada isteri yang tidak memuji dan tidak bersyukur di atas kemurahan Allah SWT yang didatangkan melalui suaminya hingga ada isteri tidak berterima kasih di atas apa juga pemberian suaminya.
  • Ada wanita ingkar terhadap suruhan Allah SWT, Contohnya, apabila berlaku sesuatu pertengkaran, ada isteri yang mengatakan: “sudah 10 tahun saya berkahwin dengan awak, tapi tak ada apa-apa pun!”
  • Ada isteri yg suka bercakap perkara yang sia-sia seperti mengumpat dan bercakap mengenai hiasan dan peraboot rumah.
  • Kurang akal dan ilmu pengetahuan dalam agama yang menyebabkan mereka sering terperdaya dengan pujuk rayu lelaki, rakan,jiran dan terpengaruh dengan kemewahan duniawi.
  • Isteri yang boleh mencium bau syurga ialah yang patuh kepada suami sama ada di dalam keadaan susah atau senang.
  • Isteri yang berhiad diri untuk suami, menambah ilmu agama, sentiasa menjaga diri dan rumah tangga, selain selalu melakukan sesuatu yang menyenangkan hati suami adalah amalan yang baiak yang dituntut agama.

Sumber : Berita Minggu

  

OMG! Orang kate senang je bagi para isteri untuk menghuni syurga. Tapi …… sigh~

I know ever since I got married I’m too far from being a perfect wife. Selalu merungut penat lah, malas lah, tak ada masa lah bile kena buat kerja-kerja kerja-kerja rumah and memasak. Yelah, sedangkan kita sama-sama kerja, sama-sama penat, tapi kenapa kita kene buat kerja-kerja tu jugak tapi suami boleh duduk lepak tengok  TV atau main game. Betul tak? Sedangkan kalau ikutkan wife tak payah kerja, husband yang sepatutnya kene keluar bekerja cari nafkah dan sediakan semua keperluan untuk isteri. Itu baru namanya SUAMI. Kalau perempuan yang kene tanggung family, baik perempuan je yang jadi suami. Betulkan? Tapi itu dulu, zaman dah berubah sekarang. Kalau gaji husband setakat 3-4k selalunya wife akan ‘disuruh’ bekerja untuk membantu menampung perbelanjaan keluarga. (beruntung isteri-isteri yang tak payah kerja, duduk rumah jaga anak dan makan/pakai suami lebih bagus daripada bazir duit ‘bagi’ pada pengasuh anak dan pembantu rumah.) Tapi bukanlah maksud saya isteri tidak dibenarkan berehat walaupun kalau nak ikutkan kerja sebagai seorang housewife takkan pernah habis. Tapi mereka harus berehat, kalau tak boleh jadi gila tau! Tak caya, cuba tukar routine, bagi suami  buat kerja rumah and jaga anak untuk seminggu, takyah seminggu lah bagi mase sehari pon mesti dorang complain macam2.Kan kan? Memang penat! And saya memang salute habis lah kat isteri-isteri yang macam ni. Penat woooooo~ (tapi apa salahnya kalau pemimpin turun padang sekali-sekala kan? barulah adil dan disegani 😉  )

” Syurga bulat-bulat bagi para isteri yang patuh terhadap suaminya, kerna syurga bagi isteri adalah di bawah telapak kaki suami”

Ini saya petik dari beberapa artikel yang pernah saya baca. Kebanyakannya memberi inspirasi bagi saya untuk menjadi isteri yang baik dan taat kepada kepada suami. Being a young wife, ( young ke? dah tua sikit dah…next year tambah tua lagi..) im saying from the present perspective yang mane ramai ladies out there yang prefer kawin lambat. Tapi saya lain, i have my own goals to achieve, to be married at 23 or 25 the latest and to have at least 2 kids by the age 25.. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya, pada 21 februari 2009 saya dengan rasminya telah pun menjadi isteri kepada Mohd.Khairi Abd. Kadir, which is 5 years older than me. Cuma belum ada rezeki untuk ada baby. Mungkin ada hikmahnya, Allah have other plans for us, maybe a better plan.

I never thought that I would ended up marrying a guy who 5 years older than me. ( as i’ve always adore married ladies whose their partner is 3-10 years older than, because i saw them very matured and loving and of course the lady will look more younger than her 3-10 years older husband. 😉 thats the trick of ‘preserving your youth’ actually! hehe..and saya pon tak sangka yang saya dapat husband yang 5 years older) Memang susah nak cari lelaki yang berfikiran matang pada umur yang muda berbanding perempuan. Jadi saya memang amat bersyukur kerana sudah ditakdirkan bertemu jodoh dengan Khairy. Yelah bagi orang Islam, kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Kadang-kadang saya kesian tengok  mereka yang telah memadu kasih selama lebih dari 7 tahun dan ada juga yang sampai 10 tahun tetapi akhirnya berpisah dan berkahwin dengan orang lain. Sedih kan? Tak dapat saya bayangkan.Nauzubillah…

Well that’s  not the point, the point is, to my husband if  you are reading this, saya akan cuba untuk menjadi isteri yang terbaik buat kamu yang dihormati, dikasihi dan disayangi. Saya mengaku selama dekat 7 bulan being your wife, saya selalu saja merungut itu ini, malas, melawan, tak dengar kata, suka menjawab dan kadang-kadang buat tak layan tapi percayalah I will change semua perangai yang hodoh tu. But it takes time.

As I’m learning and observing new stuff about marriage, I can’t promise you anything but I need you to have faith in me that I can be a good wifey!  I just hope that one day i can stay at home taking care of  your babies (have 2 kids or more as you always wanted 2boys + 2 girls) and always make sure that our home is the most pleasant place to hangs and cook all your favourite meals and we’ll have the greatest family vacations all years around. (Just like the perfect TV ads!)

Dan sempena Raya yang bakal menjelma 2 hari lagi, my humble apologize dari hujung rambut hingga je hujung kaki, halal kan makan minum fara selama kita bersama. Mohon ampun atas kekasaran kata yang menyakitkan hati dan kelakuan hodoh yang membuatkan syg kecil hati. By all means sebenarnya fara tak berniat langsung untuk buat syg berkecil hati but you’re marrying a regular human being bukan nabi, bukan malaikat maka memang fara tak lari dari membuat semua kesilapan tu. As i said earlier, I can’t promise you anything, but as long as you have faith in me and love me like you always do, I will be the greatest wife a husband could ever wanted and imagine. InsyaAllah…

I could never thank you enough for what you have done for me & for us! Thanks for everything syg! I love you so so much! Today, Always and Forever!

 

**we are so gonna die old together! InsyaAllah…

7 Comments

Filed under Life, love & relationship, Personal

When I’m The One Who Will Be Giving Away “Duit Raya” Instead Of Collecting It

Yep,9 more days to go now. Hmm…tak rasa happy sgt nak raya tahun ni. Cuma rasa excited sebab this is the first year beraya sebagai suami isteri. Bercampur-baur rasa hati ni, excited lah, nervous lah, sedih lah, haih~ macam-macam lagi lah. Yelah dulu-dulu masa belum kahwin setiap tahun mesti beraya dengan family sendiri. Mesti ada Abah, Mama, Fuzy and Amir. Dulu-dulu pagi Raya mesti bangun awal (sebab tak sabar nak pakai baju raya yang cantik, haha!) , mandi-mandi, lepas tu tolong Mama prepare breakfast supaya nanti lepas Abah and  Amir balik dari sembahyang Raya dah boleh terus makan. Lepas Abah and Amir balik dari sembahyang Raya, semua kan berkumpul di ruang tamu untuk upacara bermaaf-maafan sesama kami. Macam biasalah sebagai anak sulung sayalah orang pertama yang kene mulakan upcara ini, kemudian diikuti dengan Fuzy dan Amir. Dan kemudian kami akan ber-cam-whore satu family sebelum ke meja makan untuk menyantap hidangan yang lazat-lazat!

Dalam gamba ni amir takde sebab die kene buli jadi photographer kitorang kejap.

Dalam gamba ni amir takde sebab die kene buli jadi photographer kitorang kejap.

ha...ini mase open house raya ofis abah kat Hilton KL. COMPLETE..(eh tak complete sbb Khairy takde)

ha...ini mase open house raya ofis abah kat Hilton KL. COMPLETE..(eh tak complete sbb Khairy takde)

Macam biasa lah, setiap kali Raya Mama mesti akan buat Lontong untuk Abah, Rendang ayam (opah style) + Nasi impit untuk saya dan Amir, Rendang daging untuk Amir, Kuah Kacang untuk Amir, ketupat palas untuk Fuzy. (perasan tak nama Amir lebih dominasi dari yang lain? itu sebabnya Amir memang suka melantak masa Raya pertama sampai berpuluh-puluh kali ulang makan pon takpe, saya pon ape kurangnya 😛 mengata orang die yg lebih! hihihihi…)

yang tengah2 tu lah amir, suka melantak di pagi raya

yang tengah2 tu lah amir, suka melantak di pagi raya

Tapi seriously, Rendang Ayam (opah style) Mama memang terbaekkk!!! owh and Kuah Kacang Mama — 2 THUMBS UP!! Meletoppp! Tapi saya belum berkesempatan untuk menuntut ilmu masakan ni daripada Mama. Mungkin Raya ni saya akan cube untuk mendapatkan resipi daripada Mama. Saya tak tau lah apa akan jadi pada Raya pertama saya kalau tak dapat makan Rendang Ayam (opah style) Mama dengan nasi impit+ kuah kacang. Tak complete rasanya.. Saya bukanlah nak exaggerate pasal rendang ni, tapi memang betul sedap! Nantilah kalau saya dah dapat resipi dari Mama saya kongsikan dengan korang semua. 

 Rendang Ayam (opah style) tu maksudnya, resipi tu sebenarnya dari arwah Opah saya. Abah saya punya mak. Mama dapat resipi tu dari Opah. Nasib baik Mama sempat belajar resipi ni dari Opah kalau tidak, mesti Ayam Rendag ni jadi legenda je. Sebabnya adik-beradik Abah saya memang tak tahu dan tak pernah tanya Opah pasal resipi ni. Jadi saya “diwajibkan” untuk belajar resipi ini dari Mama supaya semua adik-beradik saya (termasuk anak saya in future) dapat menikmati kesedapan rendang ayam ni di Hari Raya yang mendatang untuk meneruskan tradisi Mama and Opah. (InsyaAllah…)

Okay sudah-sudahlah cerita pasal makanan. Tiba-tiba rasa lapar pulak. Dahla pagi tadi tak sahur, terlajak tidur 😦  Back to the topic, dulu-dulu kalau Raya, seronok! Sebab dapat banyak duit Raya, baju raya pon Mama belikan, kasut raya pon dapat, macam-macam lah! semuanya serba baru. Saya ingat lagi satu ketika dulu, mase tu saya dah masuk sekolah menengah dah. Kalau tak silap saya tingkatan 1 mase tu. Ekonomi keluarga saya tak berapa bagus tahun tu. Sebab masa tu Abah baru saje jual rumah di KL dan Mama pula beli rumah di Kedah. Biasalah kalau rumah kat Kedah tu, berapa lah sgt boleh disewakan pon. Last-last Mama sedekah je dekat sepupu aku yang tolong tengok-tengok kan rumah tu. Memang beli rumah tu takde pulangan pon. Maka tahun itu memang budget Mama and Abah lari sikit. Tapi kata Mama, biarlah susah mana pon Mama tahun itu, Mama akan pastikan yang anak-anak Mama dapat pakai baju baru and kasut baru untuk raya. Kata Mama lagi, ini adalah Hari Raya, hari sambutan kemenangan bagi semua umat Islam setelah sebulan berperang dengan nafsu dan menahan lapar dan dahaga. Jadi memang semua orang berhak untuk memilik sekurang-kurangnya sepsang baju baru, lagi-lagi bagi kanak-kanak yang baru belajar untuk berpuasa. Ini secara tak langsungnya adalah dorongan bagi mereka untuk berpuasa. Saya amat teruja dan bangga dengan semangat Mama.

Mama & Abah yang dikasihi dan disayangi

Mama & Abah yang dikasihi dan disayangi

Tapi….~sigh~ itu semua kisah dulu-dulu. Sekarang dah berubah. Tahun ni saya beraya sebagai seorang isteri. Berharap sangat dapat beraya di rumah Mama dan Abah. Berharap sangat dapat makan semeja dengan Mama, Abah, Khairy, Fuzy dan Amir. Berharap sangat dapat bergambar satu family pada Raya pertama. Sekarang ni dah kene start bagi duit raya, tahun ni jugak kene beli baju raya sendiri…. ='(  sebab tu saya cakap saya tak rasa happy sangat pun nak raya tahun ni.

Kita tunggu sajelah Raya nanti macam mana. Okay lah setakat ni saje dulu. Pena lah tangan nak taip. Selalunya kalau saya tgh berblog, saya mesti akan mengunyah sambil minum coke atau teh o. hihihi…

Sebelum tu, saya dan Khairy ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon ampun jika ada sebarang kesilapan tingkah-laku atau kata-kata, harap dimaafi…

4 Comments

Filed under all in my family, foods, love & relationship, Personal

Bila Aku Sudah Kau Yang Punya

** This article may contains some words or statement that you can’t accept. If you think you can’t handle it, please don’t scroll any lower. Thank you.

 

 

Jangan kau bimbang sayang

Di manaku berada

Dengan siapa ku bersama

Jangan bimbang ku tetap kau yang punya

( di ambil dari lirik lagu Kau Yang Punya – Najwa feat Malique )http://www.myspace.com/najwamahiaddin — sila lah layan lagu-lagu Najwa di sini. Memang berbaloi! Mungkin korang juga akan download lagu dia dan tambah playlist dalam iPod korang. 🙂

Aku suka sangat dengan Najwa ni. Kali pertama dengar lagu ni mula-aku aku ingat dia ni bukan dari Malaysia. Suara dia tak ubah macam penyanyi kulit hitam. Tapi aku silap. Aku lupa bahawa Malaysia juga mempunyai ramai penyanyi-penyayi yang berbakat dan bersuara lunak seperti Najwa.(aku memang dari dulu sampai sekarang minat dengan muzik-muzik hip-hop, soul and R&B. Kalau kat Malaysia ni aku memang minat dengan muzik Joe Flizzow dan Malique yang dulunya dikenali sebagai Too Phat, sangat talented,memang boleh pegi jauh) Aku ada juga mengikuti perkembangan ‘independant music scene’ di Malaysia ni, tapi taklah terlampau fanatik. Sebab bagi aku, muzik-muzik ini lebih diminati oleh budak-budak sekolah yang berlagak dewasa padahal SPM pon tak habis lagi. Tapi sebenarnya aku tak boleh nafikan, pada awal kemunculan ‘independant music scene’ ni aku memang bangga dengan beberapa band indie yang telah menaikkan martabat muzik mereka. Mesti semua pernah dengar nama band HUJAN kan? Yang minggu lepas, masa Shout Awards band HUJAN berada di Indoneisa untuk majlis Anugerah Planat Muzik. Begitu juga dengan Meet Uncle Hussein, yang bagi pendapat aku kekuatan mereka terletak pada vocal Lan dan juga lirik lagu mereka yang sangat sempoi tapi bermakna!

Sebenarnya dah tersimpang jauh daripada topik sebenar yang aku nak perkatakan. Bukan nak cerita tentang Indie Scene ni. Tapi sebenarnya nak mintak korang semua hayati lirik lagu Najwa ni.  Sangat menarik hingga buat aku tertarik dan automatik telah menjadi salah satu daripada lagu favourite aku.

 

Kau Yang Punya

Kau Yang Punya

Okay berbalik kepada topik sebenar. Sebenarnya aku sekarang tengah tak puas hati dengan Lelaki. Okay fine, bukan semua lelaki lah, but kebanyakan lelaki,mungkin 90% daripadanya lah. Memanglah perempuan dengan laki-laki adalah dua makhluk yang berlainan jenis, Men are from Mars, and Women are from Venus.. Dulu-dulu aku selalu ingat Mars dan Jupiter tu adalah nama planet, rupanya aku silap.  Mars dan Venus tu sebenarnya bukan lah nama planet, tapi Tuhan Greek, anak kepada Juno and Jupiter, suami kepada Bellona dan kekasih kepada Venus. Makanya memanglah Mars dan Venus adalah dua individu yang berlainan jenis. Susah untuk mencapai persefahaman.
 
Tapi apa pun aku memang sungguh tak faham dengan sikap jenis laki-laki yang tak pernah bersyukur dan menghargai isteri (bukan semua ye, tapi 90% daripadanya). Dah ada isteri, tapi masih lagi nak jeling-jeling prempuan lain. Dah ade isteri, tapi masih lagi nak berfantasi tentang prempuan lain (fine, memanglah tak salah berfantasi dengan Megan Fox ke, Angelina Jolie ke. Jessica Alba ke,tapi please lah disgusting okay? Isteri kat sebelah tapi berfantasi tentang perempuan lain. Cube fikir apa yang si Megan Fox tu penah buat untuk kau? Penah ke die jage kau mase ko sakit? Penah ke die masak untuk kau? Penah ke die bersabung nyawa lahirkan anak kau? Tak penah kan? Sungguh aku tak faham) Ade tu pulak, dah isteri dan anak dah 5 pon masih ada hati nak ada GIRLFRIEND. Padahal anak dan isteri kat rumah tu tak pernah di bawak pegi makan tempat mahal-mahal, tak pernah sekali pon di bawa pergi bercuti, tak pernah pon nak belikan isteri dan anak-anak baju baru supaya isteri boleh melawa untuk suami. Duit untuk belanja rumah pulak bagi kurang dari sepatutnya. Lepas tu cakap isteri tak pandai uruskan duit untuk belanja rumah. Lepas tu melenting tak tentu pasal. Isteri la pulak kene fikir cara nak menampung perbelanjaan di sebabkan lelaki yang tak guna nak kawin tapi sebenarnya masih belum ‘matang’ lagi, hanya mahu kawin kerana satu sebab, iaitu seks. Semua duit gaji habis dekat GIRLFRIEND. Itu kalau kes si isteri yang tak kerja. Kalau isteri yang bekerjaya pulak, habis sumea duit isteri digunakan untuk bayar bil air, elektrik, telefon, Astro, Streamyx dan segala jenis bil. Tak cukup dengan tu, semua perbelanjaan rumah, yuran sekolah dan perbelanjaan anak-anak pon guna isteri punya duit gaji. Duit suami mane pegi? HABIS sebab belanja GIRLFRIEND lah punya pasal! Tak malu betul kan? Sepatutnya kalau dah bernikah, semua itu adalah tanggungjawab suami. Suami yang kene sediakan semua tu. Kalau rase tak mampu tak payah nikah. Kalau diri sendiri pon tak boleh nak ditanggung, apatah lagi nak tanggung anak gadis orang? Lepas dah kawin mesti la ada anak kan? Kalau setakat isteri yang seorang pon tak boleh nak tanggung, apatah lagi nak tanggung anak-anak? Apatah lagi yang dah pasang niat untuk beristeri lebih 2 atau 3 kalau yang satu ni pon tak terjaga?  Memanglah sekarang ni populasi lelaki lebih banyak dari perempuan, dan tak salah kalau lelaki  berhasrat untuk kawin lebih dari satu. Tapi sebelum bertindak tu, cermin lah diri dulu. Setakat pakai handphone canggih, kereta mahal, makan dan shopping kat tempat high-class tapi hutang kad kredit keliling pinggang silalah jangan berangan nak beristeri. Baik tak usah kawin. Bukanlah nak kate perempuan ni materialistik, tapi itu adalah tanggungjawab lelaki. Lelaki dijadikan untuk memimpin keluarga dan negara. Kalau keluarga sendiri pon tak boleh nak pimpin, baik bagi perempuan je yang jadi ketua keluarga… Takkan lah lelaki-lelaki ni tak penah belaja pasal tanggungjawab masa kat sekolah. Masa kurus kahwin pon ada ditekankan pasal tangunggjawab suami isteri ni.
 
Tapi itulah yang aku tak berapa nak suka dengan sikap lelaki ni, yang kadang-kadang buat aku rase meluat. Lagi-lagi dengan lelaki Melayu yang tengah mengalami sindrom ‘midlife crisis’ ni. Tiba-tiba je suka pergi ‘melancong’ ke Indonesia. Tiba-tiba je ada ‘hobi’ baru, tiba-tiba je suka pakai perfume, tiba-tiba je nak ada girlfriend baru yang sama umur dengan anak sulung. (geli lah! dah tua tu buat lah cara dah tua) Lepas tu pulak tiba-tiba je nak kawin lagi satu. Sedar-sedar lah diri tu sikit. Bila isteri tak izin kan, mula lah nak bagi alasan sebegini :-
 
” I buat semua ni pon sebab mengikut sunnah Nabi, takkan tak boleh. Nabi pon kawin 4. Tak salah rasenya kalau I nak kawin lagi satu. I ade 3 lagi kuota”. 
 
 
Kubur dah panggil mari, masih lagi nak buat perangai, buang tebiat.
Daripada membazir duit kawin lagi satu,Lebih  baik simpan duit-duit tu pegi Haji dengan isteri atau kalau dah kaya sangat ada duit terlebih bawa je satu family pergi melancong, tak pun bawa pegi Umrah. Macam tulah baru lelaki/suami/ayah yang memang berhak untuk di hormati, disegani, di kasihi dan di sayangi, betul tak?
 
 
Ye puan-puan, lelaki memang pandai dalam memberi macam alasan. Lepas tu, boleh pulak nak guna alasan IKUT SUNNAH NABI. BULLSHIT,WTF!?
Tiba-tiba je die jadi pandai bab agama. Sebelum-sebelum ni takde pulak buat puasa sunat Rejab ke, solat sunat Tahajjud ke, puasa bulan Ramadhan pon belum tentu cukup, zakat pulak entah bayar entah tidak. Yang wajib pon tak terbuat nak buat yang sunat. Bukan lah aku nak menghakimi sikap lelaki ni,
itu kerja tuhan.cuma bagi aku mana keadilan untuk perempuan? Sebelum kawin perempaun adalah tanggungjawab ibu bapa, tapi lepas kawin isteri adalah tanggungajawab lelaki. Tapi sepatutnya hidup mesti lebih baik selepas berkahwin, bukan diperhambakan macam binatang.
 
 
To all the male readers, sila jangan salah faham dengan artikel ini. Artikel ini bukan la bertujuan untuk ‘condemn’ kaum lelaki tapi sekadar nak meluahkan apa yang tebuku di dalam hati dan perasaan wanita. Aku tak kata semua lelaki macam ni, hanya kebanyakan segelintir lelaki sahaja.  Aku kira bernasib baik kerana mempunyai suami yang cukup hebat dan baik pada aku (bagi akulah!)
Alhamdulillah tersangat bersyukur jika nak dibandingkan dengan mereka yang kurang bernasib baik. Mungkin Allah sengaja nak menguji mereka. Dan aku sangat kagum dengan isteri-isteri yang telah dianiaya suami tapi masih setia dan masih lagi menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak dan tidak memburuk-burukkan suami depan orang, walaupun sebenarnya semua orang pon tahu tentang perangai buruk suaminya. Memang memerlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi.
Jadi, kepada semua lelaki yang telah pun berkahwin, sila hargai isteri anda. Anda sendiri yang telah memilih beliau untuk menjadi pasangan hidup dan ibu kepada anak-anak anda. Walaupun isteri anda tak secantik Megan Fox atau Angelina Jolie atau Jessica Alba (diorang ni semuanya nampak cantik sebab make-up artist professional dah touch up mereka, lepas tu pulak pegi buat plastic surgery ape ke jadah. Sebab itulah cantik! Kalau bukan kerana pertolongan pakar-pakar kecantikan ni, diorang ni taklah secantik mana. Betul! Tak caya? Cuba Google ‘Jessica Alba without make-up’, mesti hodoh.
Upah lah make-up artist professional touch up kan isteri anda.
Mesti kelihatan cantik dan hot sentiasa) tapi merekalah yang menjaga makan minum anda, jaga anda mase sakit, iron kan baju anda dan merekalah juga yang bersusah payah sakit-sakit ke hulu ke hilir dengan perut yang besar selama 9 bulan dan bersabung nyawa ketika melahirkan anak anda.
p/s : To my deary husband,thanks for being the most wonderful husband a wife could have. Thanks for being patient with my stubborn-ess and lazyness, but I’m improving right? No? We both are  not perfect, nobody’s perfect but at least we are made perfect for each other. Kan sayang? Let’s hope and pray that we will always be together as a couple/team through thick and thin and I love you now, always and ’till the very end of my breath.

6 Comments

Filed under Life, love & relationship, Personal

When Best Friend Becomes Cousin, Isn’t That Great??

To: Uncle Boy & Aunt Ina.
Here are some photos of Titam’s wedding last few weeks.
The bride side : Her parents house, Taman Melawati
After nikah

After nikah

4 of us

4 of us

cousins

cousins

The Bride&Groom 1

The Bride&Groom 1

The Bride&Groom 2

The Bride&Groom 2

The Wedding cake

The Wedding cake

The Bride&Groom with their little cousins Danial&Tina

The Bride&Groom with their little cousins Danial&Tina

cute!! that's tina doing her thing

cute!! that's tina doing her thing

The Groom side : Intekma Resort, Shah Alam
The Bride&Groom 3

The Bride&Groom 3

Family potrait (half of the family)

Family potrait (half of the family)

Family portrait 2

Family portrait 2

close up

close up

cousins

cousins

F.R.I.E.N.D.S

F.R.I.E.N.D.S

us with them

us with them

Tina showing off her Bosnian money

Tina showing off her Bosnian note

i love this this picture of me and danial

i love this this picture of me and danial

=)

=)

Here a little story about my cousin. He’s the one who’s responsible for hooked me up with Khairy 3 years back. They’re best buddy since primary school. Pegi mane-mane pon same2. Suke bende yang same, yang paling obvious diorang ni suke Transformers and Heroes and ape2 lagilah yg berkenaan dengan superhero. Cuma my cousin tak layan bola, kaki bangku. Khairy pulak gila bola,but they still good friends!And now their relationship has move one step forward from best buddy to cousin. One happy family! I hope that we could still be close like yesterday even we’re all married!
So yeah, that’s it. Saya dah pendekkan cerita. To my cousin Saiful Nizam & Izzat, congratulations to both of you! May you both have all the love and happiness in the world! And to Izzat, welcome to our family! 🙂

2 Comments

Filed under Life, love & relationship, Personal

I want to buy your time

I wrote this story and translate this story like a year ago. And i decided to post it in my blog. Just a light reading. So, the story goes like this..one night Khairy (programmer in one of a big company in KL) came home late as usual. But that nite is a little different cuz his son, Wildan’s still awake, usually his son have been sleeping and only wake up when he’s goin to work tomorrow morning. Wildan seems like have been waiting for awhile.”Why dont you sleep yet sayang?” asked Khairy as he kissed his son. As he followed his dad to the living hall he answered,” I was waiting for u cuz i want to noe how much u get paid every month?” “How much i get paid?Why? U want some money to buy some toys again?” “No.It’s not that. I just want to noe dad.” “Okay..u do the math urself. I work for 10 hours everyday and i got paid rm400. Every months i worked about 25days. So,how much i get paid for a months? Wildan ran and take his pen and a paper from his study desk. “If u got paid rm400 for 10 hours that means rm40 per hour. “Clever boy! Okay now, go to bed”,said Khairy to his son. But Wildan’s not moving from where his stands. He ask his father,”Dad,can i borrow your rm10 please?””What for? Its getting late now and im exhausted. I wanna have a quick bath and then go to bed,cuz i have to go to work,remember? And u too,go to sleep, tomorrow got school.” “But dad…” said Wildan in a very cute and childish way. Khairy can’t control his patient anymore. “I said go to sleep!! Now!!”,Khairi’s shouted at Wildan and the little boy ran to his room.

While he’s in the bathroom,Khairy have been hunting by guilt. Before he went to bed, he went to his beloved son’s room to take a look at him whether he’s asleep or not. He found that his son is crying and there’s rm10 note in his beautiful little hand. Khairy come close to his son and apologized to him.
“Forgive me sayang.I love you son. But why you want the money in the middle of the night? If you want to buy some toys,u can ask for it tomorrow right? Don’t say rm10,i can give u more than that sayang.” “No,I don’t want your money dad, I just want to borrow it and later if my piggy bank’s have enough money I’ll pay you back,dad.” “Okay…but why? What’s the money for?” Khairy asked him gently.”I waited for you to come back home since 8pm dad. I want you to play scrabble with me. It’s only 30 minutes. Mom always said that your time is so precious,your time is so precious. That’s why I want to buy your time. But, when i opened my piggy bank, I only have rm10.And you said for one hour, you were paid rm40,if half an hour,that means rm20. I only got rm10 and i need another rm10. That’s why i need to borrow your rm10 dad,”said Wildan innocently. Khairy was speechless. He hugged his son real tight….and say “I love you so much..I’m so sorry sayang” tears in his eyes….

5 Comments

Filed under love & relationship, Personal

Love is a hardwork

That’s deeper the deep blue sea is
That’s how deep it goes if it’s real
But if u let me love u
It’s for sure im gonna love u ‘all the way’

Huh~…’all the way?’..only fool can say
’till ‘day by day’ we make it deeper by far than any ocean
I am wider than your hold can take
But im yours to stay
Through the days ‘day by day’
You’re making half of my dreams come true
and yet all of it ‘day by day’

All the way to where I am yours
alone..
Yes, I am yours to stay
’till u understand how much I love you.

And those mourning roses
I’ve sprinkled with tears
How i’ve traveled to be where you are
How long it is the journey from here
to your star
And if I ever lose you
How much I would cry
“Just how deep is the ocean how high is the sky”
Just how long is the suffering
Yes, “how deep is the ocean how high is the sky”

Before seeing you gets hazy
and a gentle touch turns hard..

**Suddenly feel artistry.. i just love this poetry and it’s about love. 😉

1 Comment

Filed under love & relationship, Personal